Monday 26 December 2011




Tahukah adik-adik bahawa akhlak Rasulullah adalah contoh yang terbaik?
Ya, sudah tentu.



Akhlak Rasulullah menjadi ikutan,
membentuk diri umat sejati,
marilah kita amalkan,
pekerti mulia setiap hari.


Nabi Muhammad SAW junjungan kita,
indah akhlak tiada tandingan,
mari adik-adik ayuh berlumba,
perkara yang baik kita lakukan.

Tuesday 20 December 2011

Adab berjanji

Janji ialah menunaikan perkara yang telah diakui untuk dilaksanakan.
Ciri-ciri orang yang menepati janji:
- berfikir sebelum berjanji
- berusaha menunaikan janji
- takutkan dosa
- tidak mencari pelbagai alasan
- bertakwa kepada Allah
- jujur atau amanah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Adab berjanji:
- berjanji kepada perkara kebaikan sahaja.
- menyebut lafaz Insya-Allah ertinya sekiranya diizinkan Allah.
- memohon maaf sekiranya tidak dapat menunaikan janji
- memberi tahu terlebih dahulu sekiranya tidak dapat menunaikan janji.

Sunday 18 December 2011

Budi pekerti mulia

Budi pekerti mulia adalah tingkah laku yang baik dihiasi dengan sifat mahmudah serta dijauhi daripada sifat mazmumah.

Contoh budi pekerti mulia- Amanah,jujur, tegas,bertanggungjawab, merendah diri, kasih sayang, lemah lembut, berdisiplin, bijaksana, yakin, benar, taat, sabar dan berani.

Ciri-ciri budi pekerti mulia- bermanis muka, merendah diri, bersangka baik, sentiasa memberi pertolongan, ikhlas dalam amalan, tiada hasad dengki, bercakap benar, menepati masa dan tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.
Cara-cara menjadi orang yang berbudi pekerti mulia:
Bermanis muka, merendah diri, bersikap baik, menepati masa, bercakap benar, ikhlas dalam amalan, sentiasa memberi pertolonga,serta tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.


Hikmah berbudi pekerti mulia:
Mendapat pahala, disenangi rakan, disayangi keluarga, mendapat balasan baik dan juga dihormati masyarakat.

Menjaga masa

Menjaga masa - mengatur masa dengan betul.
Umat Islam dituntut mengatur masa kepada perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah khususnya kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat amnya.


Ciri-ciri orang yang menjaga masa- menggunakan masa sebaiknya, contohnya membuat jadual waktu, tidak menangguhkan solat dan tidak melepak bersama kawan. Melakukan aktiviti yang berfaedah, contohnya membantu ayah atau ibu, bergotong- royong, membersihkan bilik darjah serta menjaga adik2 di rumah. Tidak membuang masa seperti belajar bersungguh-sungguh, membaca Al-Quran atau pergi ke perpustakaan. Bijak mengatur masa, contohnya mendahului perkara yang penting daripada kurang penting, mengikut jadual dengan berdisiplin, mengikut kelab sukan seperti kelab bola, kelab catur atau kelab renang.


Cara menjaga masa:
Umat Islam disuruh mengambil peluang lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu;
Muda sebelum tua- semasa muda melakukan amalan yang baik sebelum tua.
Kaya sebelum miskin - menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan
Lapang sebelum sempit - melakukan pelbagai amal kebaikan sebelum kesuntukan masa
Sihat sebelum sakit - semasa sihat hendaklah mengambil peluang sepenuhnya untuk melakukan amalan yang baik sebelum ditimpa musibah.
Hidup sebelum mati - semasa hidup gunakanlah masa sebaik-baiknya sebelum meninggal dunia.